Remaja perempuan yang memandu melawan arus di km 134 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh sehingga menyebabkan kemalangan maut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Jamaliah Abd Manap.
Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memandu kenderaan jenis proton Gen 2 dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli di kilometer 134 Lebuhraya PLUS dari plaza tol sungai dua menghala ke Butterworth, kira-kira jam 7.50 pagi pada 14 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM 20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang tempoh lima tahun.
Pendakwaan dikedalikan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Parmjit Singh Mahinder.
Terdahulu, Razali memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin.
12 Mei depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat mangsa.
Pada Jumaat minggu lalu, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Dia didakwa mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih rm5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Tertuduh, yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis pada setiap minggu.
Dalam insiden 7.50 pagi selasa itu, Pei Ven memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari plaza tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.
Dia kemudian merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.
Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah dua buah kereta lain serta masing-masing sebuah van pekerja dan motosikal.
Pei Ven mendakwa dia ternampak sebuah lori besar berdekatan plaza tol Sungai Dua sebelum membuat pusingan U dan memandu melawan arus.
Kejadian itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman klip video kereta dipandu Pei Ven tersebar sehingga menjadi tular di laman sosial.
Bernama
Fri Mar 24 2017
Remaja perempuan yang memandu melawan arus di KM134 Lebuhraya PLUS dekat Permatang Pauh sehingga menyebabkan kemalangan maut mengaku tidak bersalah. - Bernama
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Air pasang besar: Lebih 40 kampung berhampiran sungai, pantai berisiko
Lebih 40 kampung berhampiran muara sungai dan pantai di Terengganu berisiko dan terkesan mengalami banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda negeri itu.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
444 mangsa terjejas di empat negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini melibatkan 444 mangsa setakat jam 11 tengah hari, Jumaat.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
Menurut kemas kini terkini di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 127 keluarga kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan empat negeri.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.