awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panik jumpa jarum pada tuala wanita jenama popular China

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2021
05:01 MYT
Panik jumpa jarum pada tuala wanita jenama popular China
Jarum yang ditemukan pada produk tuala wanita di China. -Video tular
JIANGXI: Seorang wanita di Jiangxi timur mencetuskan panik dalam kalangan wanita di China apabila mendakwa menemui jarum pada produk tuala wanita yang dibelinya.
Lebih mengejutkan lagi apabila jarum itu didakwa dijumpai pada jenama tuala wanita popular di negara itu.
Video yang dimuat naik di Weibo itu menarik perhatian ramai sejak mula dikongsi pada Sabtu, dan sudah ditonton lebih 500 juta kali di platform blog mikro itu pada Isnin.
"Sekiranya jarum itu sudah ada ketika proses pengilangannya, ia membawa risiko kesihatan yang besar," kata wanita yang berkongsi video itu kepada media.
Wanita itu turut mendesak pengilang terbabit melakukan siasatan.
Susulan kejadian, pemilik jenama tuala wanita terkemuka China itu tampil memohon maaf dan berjanji akan melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan tersebut dan mengumumkan hasil siasatan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#jarum pada tuala wanita
#Weibo
#jenama popular
#risiko kesihatan
#siasatan dalaman
#pengilang
#proses pengilangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan