awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2026
05:50 MYT
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
PokePark Kanto menampilkan lebih 600 Pokemon, setiap satu ditempatkan dalam habitat tersendiri merangkumi dua zon utama. -Foto Instagram
TOKYO: Jepun hari ini melancarkan taman tema Pokémon pertama, sekali gus membuka lembaran baharu buat jutaan peminat francais itu di seluruh dunia.

Ringkasan AI
  • Jepun melancarkan taman tema Pokemon kekal pertama, PokePark Kanto di Yomiuriland, Tokyo, menawarkan pengalaman imersif dengan lebih 600 Pokemon dalam dua zon utama: Pokemon Forest dan Sedge Town.
  • Tiket untuk dua bulan pertama taman tema ini telah habis dijual, menunjukkan peningkatan pelancongan ke Jepun serta nostalgia kepada permainan Pokemon Red dan Green.
  • Pengenalan sistem tiket berperingkat Trainer's Pass dan Ace Trainer's Pass membolehkan peminat memilih pengalaman mengikut kemampuan dan minat, seiring dengan peningkatan ketibaan pelancong yang mendorong pelancaran tarikan hiburan berprofil tinggi di Jepun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Terletak dalam taman hiburan Yomiuriland di barat Tokyo, PokéPark Kanto yang berkeluasan kira‑kira 2.6 hektar itu menawarkan pengalaman imersif untuk pengunjung menyelami dunia Pokémon melalui gabungan alam semula jadi dan hiburan interaktif.
PokéPark Kanto menampilkan lebih 600 Pokémon, setiap satu ditempatkan dalam habitat tersendiri merangkumi dua zon utama.
Pokémon Forest menampilkan laluan hutan sepanjang 500 meter yang dibina mengikut bentuk muka bumi sebenar, manakala Sedge Town menawarkan kawasan bertema bandar dengan persembahan, perarakan dan dua tarikan kekal iaitu Pika Pika Paradise dan Vee Vee Voyage.
Zon ini turut menempatkan Pokémon Center serta pelbagai kedai cenderamata.
Media tempatan melaporkan tiket untuk dua bulan pertama sudah habis dijual, berikutan lonjakan pelancongan ke Jepun.
Pengunjung disambut patung Pikachu dan pelbagai Pokémon lain dalam suasana nostalgia yang mengingatkan kepada permainan asal Pokémon Red dan Green (1996).
PokéPark Kanto juga memperkenalkan sistem tiket berperingkat — Trainer’s Pass dan Ace Trainer’s Pass — bagi membolehkan peminat memilih pengalaman mengikut kemampuan dan minat.
Tiket dijual melalui sistem undian sejak 21 November 2025, dengan permintaan terus meningkat sepanjang tempoh prapembukaan.
Pembukaan taman tema ini mencerminkan era baharu industri hiburan Jepun, ketika Universal Studios Japan turut merancang tarikan Pokémon mereka sendiri.
Penganalisis menyatakan peningkatan ketibaan pelancong ke Jepun menjadi antara faktor utama yang mendorong pelancaran tarikan berprofil tinggi seperti ini.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang membuat taman tema PokePark Kanto di Jepun begitu istimewa? A: Taman tema PokePark Kanto menawarkan pengalaman imersif kepada pengunjung untuk "menyelami dunia Pokemon" melalui gabungan alam semula jadi dan hiburan interaktif.
  • Q: Berapakah jumlah Pokemon yang dipamerkan di PokePark Kanto? A: PokePark Kanto menampilkan lebih daripada 600 Pokemon yang ditempatkan dalam habitat tersendiri, terdiri daripada dua zon utama iaitu Pokemon Forest dan Sedge Town.
  • Q: Bagaimanakah sistem penjualan tiket untuk PokePark Kanto di Jepun? A: Tiket untuk PokPark Kanto dijual melalui sistem undian sejak 21 November 2025, dengan permintaan yang meningkat sepanjang tempoh prapembukaan taman tema tersebut.
  • Q: Mengapa media tempatan melaporkan bahawa tiket untuk dua bulan pertama telah habis dijual? A: Tiket untuk dua bulan pertama PokePark Kanto telah habis dijual kerana terdapat lonjakan pelancongan ke Jepun yang menyebabkan peningkatan permintaan.
  • Q: Apakah peranan PokePark Kanto dalam menggambarkan industri hiburan Jepun? A: Pembukaan PokePark Kanto mencerminkan era baharu industri hiburan Jepun, di mana taman tema ini turut menjadi satu daripada tarikan berprofil tinggi yang dilancarkan sebagai respons kepada peningkatan ketibaan pelancong ke Jepun.

Topic Berkaitan
#PokePark Kanto
#Taman tema Pokemon
#Pokemon Forest
#Sedge Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan