awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Floria tarikan baharu Putrajaya, kemasukan percuma hingga 15 Mac

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2022
23:15 MYT
Pantai Floria tarikan baharu Putrajaya, kemasukan percuma hingga 15 Mac
Antara komponen utama tarikan baharu itu ialah pantai buatan itu sendiri yang dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa untuk pengunjung. - Foto Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya
PUTRAJAYA: Pantai Floria dan Sisiran Floria yang merupakan pantai buatan sepanjang 100 meter terletak di kawasan Anjung Floria, Presint 4 di sini, menjadi tarikan terbaharu aktiviti rekreasi air di Putrajaya.
Kawasan itu yang beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6.30 petang, dibuka secara rasmi pada 1 Mac lalu untuk pengunjung dan pelawat yang datang ke kawasan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.
Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud, berkata lebih mengujakan, sempena Ulang Tahun ke-26 Perbadanan Putrajaya, tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung kawasan itu bermula 1 hingga 15 Mac ini.
Mengulas lanjut, katanya antara komponen utama tarikan baharu itu ialah pantai buatan itu sendiri yang dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa untuk pengunjung.
"Di sepanjang sisiran tasik Anjung Floria terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan antaranya memancing, aktiviti rekreasi air seperti berkayak, bot kawalan jauh dan tapak berkelah.
"Bersempena dengan ulang tahun ke 26 Perbadanan Putrajaya pada 1 Mac 2022, Pantai Floria Putrajaya dibuka secara percuma kepada pengunjung yang hadir bermula 1 hingga 15 Mac 2022," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Antara komponen utama Pantai Floria ialah pantai buatan itu sendiri .
Antara komponen utama Pantai Floria ialah pantai buatan itu sendiri .
Menjelaskan lanjut, katanya Pantai Floria dan Sisiran Floria turut terletak berhampiran dengan kemudahan permulaan Pit Stop laluan basikal di Putrajaya.
Katanya, kawasan rekreasi itu merupakan lokasi mudah diakses dilengkapi dengan pelbagai fasiliti antaranya adalah cyclist kafe, surau, tandas awam, tong sampah serta kawasan tempat letak kereta yang luas.
"Kawasan ini juga popular berlatarbelakangkan panorama tasik Putrajaya dan beberapa binaan ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Saujana yang sudah tentunya akan menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Putrajaya untuk beriadah dan bersantai.
"Perbadanan Putrajaya akan terus memberikan perkhidmatan dan pengurusan perbandaran yang terbaik termasuk aspek rekreasi bandar khususnya dan memperbanyakkan lagi destinasi tumpuan pelancongan dengan elemen yang lebih inovatif bagi menyokong Putrajaya sebagai bandar rekreasi yang terunggul," katanya.
Antara komponen utama Pantai Floria ialah pantai buatan itu sendiri .
Antara komponen utama Pantai Floria ialah pantai buatan itu sendiri .
Topic Berkaitan
#Putrajaya
#Pantai Floria
#tarikan baharu putrajaya
#pantai buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan