Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara berterusan supaya tiada pihak mengambil kesempatan, menurut Pemuda UMNO.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata kerajaan juga perlu memastikan pemaju perumahan khususnya tidak menaikkan harga jualan rumah.
"Pihak kerajaan perlu memberi penekanan yang serius serta mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemaju perumahan yang menaikkan harga jualan rumah termasuk menyenarai hitam syarikat-syarikat tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan skim MyDeposit bagi membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM10,000.
Skim itu melibatkan pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000.
Perdana Menteri juga berkata pihak Majlis Perumahan Negara diharap dapat memastikan usaha dan inisiatif melalui skim MyDeposit membantu mengurangkan jumlah rakyat khususnya golongan muda yang tidak memiliki rumah.
Nazir Hussin dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri sambil menyatakan skim MyDeposit merupakan inisiatif terbaik bagi memastikan rakyat khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.
"Ini adalah antara perjuangan Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan selain memohon kerajaan membantu duit sewaan rumah kepada golongan muda yang kurang berkemampuan pada awal tahun 2014 yang lalu," katanya.
Bernama
Fri Apr 08 2016
Pemuda UMNO meminta kerajaan memastikan pemaju perumahan tidak menaikkan harga jualan rumah. -Gambar hiasan
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Pantau MyDeposit, elak pemaju naikkan harga jualan rumah - Pemuda UMNO
Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara berterusan supaya tiada pihak mengambil kesempatan.