Blogger kontroversi, Papagomo didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju di sini, Januari lepas, dengan rakaman
videonya menjadi viral di laman sosial.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menampar, menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shahzad, 33.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di hadapan Starparc Point, Wangsa Maju di sini pada 1.30 tengah hari 29 Jan lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000.
Mahkamah juga memerintahkan Papagomo menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh, bagaimanapun membayar denda tersebut.
Bagi pertuduhan menampar dia didenda RM1,000 atau dua bulan penjara, bagi kesalahan menumbuk dia didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara dan denda RM1,800 atau lima bulan penjara untuk kesalahan menendang alat sulit mangsa.
Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa berada di tempat kerja, dia didatangi tertuduh bersama seorang lelaki dan tiga wanita termasuk dua adik perempuannya.
Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa dan dua lagi rakannya beratur di hadapan tertuduh sebelum meminta dua adik perempuannya mengenal pasti individu yang didakwa telah melakukan gangguan seksual.
Terdahulu, dalam rayuan meringankan hukuman, peguam tertuduh, Azizzul Shariman Mat memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya bukan bertindak secara membuta tuli serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat orang anak.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh memandangkan kejadian seumpama itu kerap berlaku.
"Saya percaya tertuduh mengguna nama Papagomo dan sudah dikenali ramai, seharusnya mempamerkan teladan yang baik. Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga orang ramai," katanya.
Menurut laporan media baru-baru ini, satu rakaman video berdurasi empat minit diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang mangsa.
Bernama
Fri Mar 11 2016
Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris,33, atau lebih dikenali Papagomo didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan dengan menumbuk, menampar dan menendang mangsa. - Gambar Bernama
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Papagomo didenda RM4,300 kerana cederakan buruh Pakistan
Blogger kontroversi, Papagomo didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju di sini, Januari lepas.