awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim

Bernama
Bernama
26/11/2024
15:02 MYT
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Abdul Karim berkata penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara atau negeri. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sekiranya peraturan hanya membenarkan bahasa kebangsaan serta Inggeris digunakan maka ia harus dipatuhi.
"Bagi saya tidak perlu kita berlebihan sebagai contoh jika bawa pelancong dari India kita mesti ada papan tanda bahasa Tamil dan pelancong dari Arab Saudi atau Asia Barat kita perlu ada papan tanda Bahasa Arab. .
"(Peaturan ini) tidak perlu dijadikan isu. Jika undang-undang minta guna bahasa Melayu atau Inggeris kita guna sahajalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan ia termasuk Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang antara lain mengkehendaki semua iklan dalam bahasa kebangsaan dan boleh juga dalam apa-apa bahasa lain selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abdul Karim berkata penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara atau negeri.
"Pelancong yang tidak tahu bahasa kebangsaan boleh belajar malah dalam telefon bimbit juga ada aplikasi untuk terjemah bahasa. Ini bukan satu masalah yang akan menyebabkan pelancong mahu datang atau tidak.
"Pelancong ini mereka lebih utamakan faktor lain untuk ke sesuatu tempat seperti faktor keselamatan, produk pelancongan dan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#DBKL
#sektor pelancongan
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan