awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Empangan Bukit Merah menyusut, lebih 250,000 pengguna mungkin terjejas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/02/2022
09:03 MYT
Paras air Empangan Bukit Merah menyusut, lebih 250,000 pengguna mungkin terjejas
Menurut Razman, sekiranya sehingga pertengahan Februari paras air Empangan Bukit Merah tidak kembali pulih, aktiviti pembenihan awan mungkin dilakukan. - Astro AWANI
BAGAN SERAI: Lebih 250,000 pengguna di sekitar Kerian, Kamunting fan Taiping akan berdepan masalah bekalan air ekoran paras Empangan Bukit Merah semakin menyusut.
Penyusutan itu dijangka menjejaskan hampir 9,000 pesawah yang mengusahakan kira-kira 200 hektar sawah di kawasan berkenaan.
Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, ketika ini, paras empangan itu menyusut dari paras biasa 8.69 meter ke paras kritikal pengairan tahap tiga 6.41 meter.
“Jika paras air empangan berkurangan lebih sekaki lagi, pengairan akan dihentikan kerana telah berada dalam keadaan kritikal.
“Kita kena berhati-hati dan bersedia untuk mengambil tindakan yang sepatut,” katanya kepada pemberita selepas meninjau paras air di Empangan Bukit Merah, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kata Razman, beliau telah membincangkan perkara itu dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian Negeri dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).
Menurutnya, selain keadaan cuaca, penggunaan air empangan berkenaan yang telah dipelbagaikan turut menyumbang kepada penyusutan itu.
Penggunaan asal empangan tersebut adalah untuk aktiviti pertanian tetapi telah dipelbagaikan untuk penggunaan domestik, perindustrian dan ternakan ikan arowana.
Menurut Razman, sekiranya sehingga pertengahan Februari paras Empangan Bukit Merah masih tidak pulih, aktiviti pembenihan awan mungkin akan dilakukan
Bagaimanapun, katanya, sekiranya usaha itu tidak berjaya, kerajaan negeri terpaksa menjadualkan semula jadual pengairan bagi menyalurkan air ke kawasan sawah
Tambahnya, perkara itu juga akan diputuskan selepas perbincangan bersama pihak JPS, Jabatan Pertanian dan IADA.
Topic Berkaitan
#paras air
#Empangan Bukit Merah
#pengairan
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan