awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Lembangan Sungai Melaka di Langkawi capai tahap bahaya - Tuan Ibrahim

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/10/2022
06:35 MYT
Paras air Lembangan Sungai Melaka di Langkawi capai tahap bahaya - Tuan Ibrahim
Tangkap layar daripada hantaran Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan limpahan air di Lembangan Sungai Melaka, Langkawi kini berada di paras bahaya.
KUALA LUMPUR: Paras air di Lembangan Sungai Melaka di Langkawi, Kedah setakat pukul 1 tengah hari tadi menunjukkan trend menaik dengan satu daripada stesen sungai telah mencapai paras bahaya.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perkongsian di Facebooknya berkata, stesen sungai yang mencapai paras bahaya ialah Stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja dengan paras air mencecah 8.91 meter.
Dua lagi stesen sungai yang mencapai tahap amaran ialah di Stesen Empangan Padang Saga dengan paras air mencecah 20.10 meter, manakala Stesen Sungai Melaka di Padang Matsirat mencecah 3.40 meter.
“Hati-hati dan sentiasa alert dengan info penting pihak berkuasa. Semoga Allah lindungi kita semua daripada bencana banjir buruk,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Terdahulu, Tuan Ibrahim berkongsi amaran hujan berterusan mencapai tahap waspada di beberapa kawasan di Perlis dan Kedah.
“Kawasan Perlis dan sebahagian kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Saya difahamkan beberapa kawasan di utara Semenanjung telah hujan sejak malam dan awal pagi tadi. Beberapa stesen mencatatkan aras air sungai melebihi tahap BAHAYA.
“Setakat pukul 12 tengah hari, stesen hujan di Kuala Nerang, Padang Terap mencatatkan 31.5mm dalam tempoh 1 jam (AMARAN). Saya doakan agar kita semua dilindungi Allah daripada bencana banjir. Aameen. Insya-Allah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Banjir Langkawi
#Lembangan Sungai Melaka
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan