awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai

Bernama
Bernama
10/05/2023
20:45 MYT
Paras air lima LRA di Johor kritikal jika El Nino berterusan hingga Julai
LRA Sultan Iskandar di Johor Bahru merupakan antara LRA yang terlibat. - Foto fail/Ranhill Water Technologies
JOHOR BAHRU: Paras air di lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini berisiko merosot ke tahap kritikal sekiranya fenomena El-Nino berterusan hingga Julai depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata LRA yang terlibat adalah LRA Sultan Iskandar (Johor Bahru), LRA Lok Heng (Kota Tinggi), LRA Sungai Gembut (Kota Tinggi), LRA Bukit Batu (Kulai) dan LRA Tenglu (Mersing).
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa kesemua LRA tersebut yang dianggarkan boleh menjejaskan sejuta pengguna, namun menjelaskan kerajaan negeri telah mempunyai langkah mitigasi bagi mencari jalan penyelesaian.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, kita telah bersedia meletakkan beberapa pam contohnya di Sungai Johor, Sungai Tiram dan Tasik Biru Seri Alam serta projek pemindahan air mentah dari Sungai Lukah.
"Jadi kita akan pam air sekiranya air di loji tersebut berkurangan kerana El Nino dijangka melanda Mei hingga Julai, tetapi kita mengharapkan agar Johor tidak terjejas dengan fenomena ini," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Johor Corporation 2023 di sini pada Rabu.
Mohamad Fazli berkata pihaknya juga sentiasa memantau kesemua 16 empangan di Johor termasuk empangan terkecil di Gunung Ledang, Muar yang berkapasiti 0.39 juta meter padu dan hanya mampu bertahan 13 hari sekiranya tiada hujan.
Katanya empangan terbesar pula iaitu Empangan Bekok, Yong Peng boleh bertahan selama 299 hari sekiranya tiada hujan.
Menurutnya kerajaan negeri juga pada masa sama akan turut mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini dilaporkan menyenaraikan lapan negeri yang mudah dipengaruhi Fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau, berdasarkan pengalaman kejadian itu pada 2015 dan 2016.
Negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#paras air LRA
#Johor
#loji rawatan air
#El Nino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan