KUALA LUMPUR : Sungai di empat negeri mencatatkan trend peningkatan dari segi paras bacaan air selepas hujan lebat melanda sejak petang Sabtu.

Berdasarkan laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Sabtu, sungai yang terlibat termasuk Sungai Terengganu dengan bacaan 145.37 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya.

Manakala, setakat kemas kini pada jam 7 malam tadi, tiga lagi sungai iaitu masing-masing di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan paras bacaan amaran.

JPS menambah, paras air di stesen Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak memperlihatkan bacaan air pada tahan 23.62m.

Sungai Muar pula dengan bacaan 62.94m dan Kuala Pilah dengan 1.76m di Sungai Melaka.