PETALING JAYA: Tahap risiko siber Malaysia telah bertambah baik apabila penarafan beralih kepada "risiko sederhana" pada separuh kedua 2022 daripada "risiko tinggi" pada separuh pertama tahun lepas, kata Trend Micro Incorporated.
Naib Presiden Trend Micro Asia Tenggara dan India, Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.
Walaupun begitu, beliau berkata organisasi tempatan kekal berwaspada dengan majoriti daripada mereka menjangkakan akan mengalami pencerobohan dalam data pelanggan, harta intelek atau serangan siber tahun ini.
Berdasarkan laporan dua kali setahun Indeks Risiko Siber (CRI) terbaharu, organisasi di Malaysia dan Asia Pasifik (APAC) memberitahu bahawa ransomware, clickjacking, pancingan data dan kejuruteraan sosial, perlombongan kripto dan ancaman berlanjutan sebagai lima ancaman siber teratas yang mereka akan menjangkakan berlaku tahun ini, katanya.
"Pengurusan risiko siber perlu menjadi keutamaan utama bagi organisasi di seluruh APAC. Pengurusan risiko siber juga merupakan perkara paling penting hari ini kerana kebanyakan Ketua Pegawai Maklumat dan Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO) akhirnya melabur berjuta-juta dolar dalam produk keselamatan siber dan kebanyakan mereka membelinya tanpa menyedari pemprofilan risiko.
"Pemprofilan risiko perlu dilakukan terlebih dahulu, risiko perlu diakses dan perkhidmatan ketahanan risiko perlu dilakukan," katanya kepada media selepas membentangkan laporan CRI di sini semalam.
Dalam laporan itu, Trend Micro berkata tahap risiko siber di rantau Asia Pasifik (APAC) telah meningkat pada separuh kedua 2022 berbanding separuh pertama 2022 tetapi banyak organisasi kekal pesimis mengenai landskap ancaman, menjangkakan serangan yang mungkin akan berlaku tahun ini.
Nilesh berkata terdapat peningkatan drastik dalam indeks risiko siber untuk APAC sejak separuh pertama 2022 dengan angka (penilaian) bergerak ke paras positif pada 0.05 daripada paras negatif.
"Ini adalah keputusan yang memberangsangkan kerana ini bermakna organisasi telah bertindak dengan baik untuk meningkatkan kesediaan siber mereka.
"Penting bagi organisasi untuk meneruskan momentum ini dengan memberi tumpuan kepada ancaman yang paling penting kepada perniagaan mereka tahun ini.
"Langkah pertama ialah untuk mendapatkan keterlihatan dan kawalan permukaan serangan yang lengkap dan berterusan dalam usaha untuk mengurus risiko siber dengan lebih baik," tambahnya.
Sebagai info, laporan dua kali setahun CRI Trend Micro mengukur jurang antara kesediaan keselamatan siber responden berbanding kemungkinan mereka diserang.
Pada separuh kedua 2022, CRI melakukan kaji selidik lebih daripada 3,700 CISO, pengamal teknologi maklumat dan pengurus di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan negara-negara di APAC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Organisasi memberitahu bahawa ransomware, clickjacking, pancingan data dan kejuruteraan sosial, perlombongan kripto dan ancaman berlanjutan merupakan lima ancaman siber teratas yang dijangka berlaku tahun ini. - Gambar hiasan/REUTERS

Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Pencapaian pada Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi indikator penting dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Tentera Israel bunuh 2 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat
Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Malaysia punyai potensi besar untuk bangkit sebagai ekonomi dinamik - PM
Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.

Malaysia akan perkukuh hubungan dua hala dengan Iran - PM Anwar
Malaysia akan perkukuh hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang demi manfaat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri.

Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turki - Anwar
Menurut PM, peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turki akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.
![[KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan [KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695221746_KAIFAjet.jpg)
[KOLUMNIS] Jet Pejuang FA-50 isyarat keseriusan Kerajaan Madani pertahankan kedaulatan
Dengan penambahan pesawat FA-50 Block 20 ini, Malaysia akan mempunyai kelebihan teknologi dan taktik yang memungkinkan respon lebih cepat dan efektif terhadap sebarang ancaman.

Malaysia gesa OIC, ASEAN jalin kerjasama tangani isu Rohingya
Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Malaysia, India bincang kerjasama pertahanan di New Delhi
Pegawai dari kementerian pertahanan India dan Malaysia membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang semasa mesyuarat mereka di New Delhi.

Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dengan UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.

Thailand alu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing tahun ini
Thailand mengalu-alukan kedatangan lebih 19 juta pelancong asing setakat tahun ini, menjana 795 bilion baht (100 baht = RM13.06) dalam sektor pelancongan.

UNGA78: Malaysia gesa tanggungjawab bersama, rapatkan jurang SDG
Menjadi tanggungjawab bersama untuk merapatkan jurang perbezaan di antara negara-negara Selatan dan Utara demi memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dan tertinggal.