awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya

Bernama
Bernama
10/10/2022
13:40 MYT
Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya
Bacaan paras sungai berkenaan menurun daripada 14.07 meter pagi tadi. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Paras Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatat penurunan bacaan iaitu 13.40 meter (m) setakat pukul 7 malam ini, bagaimanapun ia masih melebihi paras bahaya.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata bacaan itu menurun daripada 14.07 meter pagi tadi.
"Dua sungai di daerah Kota Setar pula mencatatkan bacaan melebihi paras amaran iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman (2.39m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR (1.52m).
"Dua lagi sungai mencatatkan bacaan melebihi paras waspada iaitu Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar (1.74m) dan Empangan Beris di daerah Sik yang mencatatkan bacaan 84.06m," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah telah pulih dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Baling ditutup sepenuhnya pada 1 tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Padang Terap
#paras sungai
#bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan