KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bakal menerbitkan buku bertajuk "Parliament, Unexpected" yang dijadual berada di pasaran pada 27 Februari ini.
'Buah tangan' bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu antaranya akan menceritakan mengenai situasi Parlimen sepanjang tempoh beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Menurut Mohamad Ariff, buku tersebut turut akan 'merungkai' persoalan mengenai masalah yang dihadapi oleh Parlimen Malaysia.
"Jadi saya ingin menjemput semua untuk membaca buku ini. Ia bukan sebagai memoir atau autobiografi peribadi saya (tetapi) ia lebih daripada itu.
"Ia mengisahkan perjalanan saya di Parlimen yang menggambarkan perjalanan anda juga. Ia adalah perjalanan anda dan perjalanan saya di Malaysia.
"Buku ini bertujuan untuk menjawab dan membangkitkan beberapa isu mengenai keadaan masa kini di Malaysia, di mana kita telah tersasar dan ia seharusnya diperbetulkan.
"Selain itu, saya juga cuba untuk menyimpulkan kisah di Parlimen ini dalam bab terakhir untuk mengemukakan soalan kritikal tertentu, yang saya harap pembaca dan saya sendiri dapat belajar untuk sama-sama menambah baik situasi dalam negara.
"Jelas sekali keadaan tidak begitu baik di Malaysia terutamanya dalam konteks pandemik semasa," katanya dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.
"Parliament, Unexpected" setebal 304 halaman muka surat itu akan diterbitkan oleh Matahari Books.
Orang ramai boleh membuat pesanan awal pada harga RM51.
Pada 13 Julai 2020, Dewan Rakyat meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya.
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, yang diperoleh menerusi undian secara belah bahagi.
Kekosongan jawatan Speaker Dewan Rakyat kemudian diisi oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 15 2022
"Parliament, Unexpected" setebal 304 halaman muka surat itu akan diterbitkan oleh Matahari Books - Foto/Store.ariffyusof
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.
Abad ke-21 Abad Asia, Malaysia perlu lebih aktif terajui rantau ASEAN - Johari
Berikutan abad ke-21 disebut sebagai milik Asia, maka Malaysia tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus membangun bersama rantau itu.
Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.
Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.
Parlimen Malaysia buka pintu terima lawatan rakyat buat pertama kali
Buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari.
Perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam tidak seharusnya berlaku - Rais Yatim
Penjawat awam akan terus digantung tugas selepas disabitkan di mahkamah, tetapi Ahli Parlimen dan ADUN diberi pelepasan.
"Parliament, Unexpected" bakal rungkai persoalan masalah Parlimen Malaysia
Menurut Mohamad Ariff, buku tersebut turut akan 'merungkai' persoalan mengenai masalah yang dihadapi oleh Parlimen Malaysia.
#GarisMasa: 10 berita mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021
Bait-bait lirik lagu Tragedi Oktober dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.
Azalina mahu hantar RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
Recall Election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya seseorang itu melompat parti.