KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata PLKN 3.0 terbahagi kepada Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar tingkatan empat yang akan dilaksanakan di sekolah ketika kegiatan ko-kurikulum, dan Fasa PLKN Asas melibatkan remaja 17 tahun dan ke atas.
Kedua-duanya, Fasa Pra PLKN dan projek rintis bagi Fasa PLKN Asas dijangka diperkenalkan seawal Jun tahun hadapan, katanya ketika menjawab soalan asal Zahari Kechik (PN-Jeli) yang bertanyakan status terkini pelaksanaan semula program itu pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata Fasa PLKN Asas yang menerapkan 30 peratus modul asas kenegaraan dan 70 peratus latihan ketenteraan, dijangka dilaksanakan bermula April 2026 di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih seluruh negara.
"Pelatih PLKN juga diberi peluang menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang mereka minati.
"Modul bagi setiap latihan, khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan itu berbentuk intensif, lapangan dan praktikal," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata bagi pelaksanaan projek rintis Fasa PLKN Asas itu, setiap kem akan dihadkan kepada satu jantina sahaja susulan terdapat cadangan bagi perkara itu.
"Bagi Kementerian Pertahanan, kita akan mulakan projek rintis di dua kem wataniah daripada 13 kem yang kita ada dan ia melibatkan penyertaan 1,000 peserta.
"Memang ada cadangan supaya tidak bercampur (jantina bagi satu kem), jadi satu kem kita akan hadkan kepada satu jantina sahaja," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai langkah kerajaan bagi mengatasi isu gangguan seksual di kem-kem PLKN yang dilaporkan sebelum ini.
Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa modul asas kenegaraan dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi, mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara, dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.
Modul Asas Ketenteraan pula dibangunkan Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan dan pelatih akan dilatih mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa, tersusun (organised), dan mandiri (independent), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Mohamed Khaled umum Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu. -Gambar fail/Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.
Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.
Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.
Pengisian program PLKN akan disusun semula - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan dengan kerjasama KBS sedang menyusun semula modul PLKN untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.