awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Keanggotaan lembaga pengurusan universiti awam perlu bebas lantikan politik - Maszlee

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/09/2021
09:54 MYT
Parlimen: Keanggotaan lembaga pengurusan universiti awam perlu bebas lantikan politik - Maszlee
Maszlee Malik memberitahu, setiap lantikan itu juga perlu dihadkan kepada dua penggal sahaja. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keanggotaan lembaga pengurusan universiti awam perlu bebas daripada lantikan politik.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) memberitahu, setiap lantikan itu juga perlu dihadkan kepada dua penggal sahaja.
"Demi menjamin kewibawaan dan kredebiliti Institutsi pengajian tinggi di mata awam dan di persada antarabangsa, keanggotaan lembaga pengurusan universiti awam juga hendaklah bebas dari lantikan politik dan dihadkan hanya kepada dua penggal sahaja bagi setiap lantikan," katanya di sini, pada Khamis.
Justeru, Maszlee berpendapat, RMK-12 sepatutnya digunakan sebagai peluang untuk Malaysia bangkit meneruskan usaha reformasi pengajian tinggi yang pernah dimulakan pada tahun 2019.
"Di atas kesedaran tersebut, saya mencadangkan agar kerajaan menyegerakan penubuhan kembali Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang termaktub dalam Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546)," jelasnya.
Antara lain beliau juga mencadangkan Jawatankuasa Integriti Penyelidikan Kebangsaan yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara (2017) diwujudkan segera dalam mengatasi imej ahli akademik negara yang tercalar ekoran isu penerbitan pemangsa dan isu plagiarisme.
Pada masa yang sama, beliau memberitahu kerajaan perlu berani untuk melakukan reformasi terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang bergelut untuk meneruskan survival mereka agar keluar dari kepompong cara lama yang terbukti tidak banyak membantu dan tidak mapan.
"Sudah sampai waktunya institusi-institusi ini menukar model perniagaan mereka untuk menjadi pusat-pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dikendalikan oleh industri.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Institusi Pengajian Tinggi
#Maszlee Malik
#lembaga pengurusan universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan