KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch 'n Go Sdn Bhd (TNG Sdn Bhd) untuk mengurangkan harga jualan Identtifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang pada ketika ini dijual pada harga RM35.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu, syarikat itu merupakan penyedia perkhidmatan bagi sistem kutipan tol di semua lebuh raya di Malaysia, di mana urusan pelantikan kontraktor dan pembekal tag RFID diuruskan sepenuhnya oleh mereka.
"Merujuk kepada harga jualan semasa bagi tag RFID adalah bernilai RM35, di mana ianya merangkumi kos tag RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.
"Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah meminta supaya pihak TNG Sdn Bhd untuk mengkaji semula kos-kos berkenaan bagi tujuan mengurangkan harga jualan tag tersebut," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada soalan asal Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang meminta Kementerian Kerja Raya untuk menyatakan perkembangan pelaksanaan RFID dan sejauh mana penggunaannya dapat mengatasi ksesakan di plaza tol.
Mengulas lanjut, Fadillah memaklumkan, dengan penggunaan RFID dan Smart Tag, sebanyak 1,000 kenderaan direkodkan menggunakan plaza tol pada setiap satu jam berbanding hanya 450 kenderaan oleh pengguna yang mengguna Touch 'n Go pada tempoh yang sama.
"Data juga mendapati pengguna RFID meingkat kepada 18 peratus," katanya.
Menurut beliau lagi, secara keseluruhannya, inisiatif pelaksanaan RFID bukanlah suatu perancangan yang drastik namun telah dilaksanakan melalui projek rintis RFID melibatkan plaza tol sistem terbuka di Lembah Klang sejak tahun 2017.
"Manakala, pelaksanaan projek rintis RFID bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pula pada peringkat awal bermula pada 1 Januari 2020 hanya melibatkan 10 plaza tol sistem terbuka merangkumi plaza tol antaranya di jambatan Pulau Pinang, LINKEDUA dan Butterworth-Kulim Expressway (BKE)," ujarnya.
Tambahnya, ujian rintis awam RFID bagi kenderaan kelas pertama telah dilaksanakan melibatkan sembilan plaza tol sistem tertutup yang disiapkan pada Oktober tahun lalu.
Lanjutan daripada projek rintis yang dilaksanakan oleh pihak PLUS katanya, pelaksanaan RFID telah dilancarkan pada 15 Januari 2022.
"Bagaimanapun Kementerian Kerja Raya mengambil maklum akan reaksi negatif pengguna lebuh raya berikutan pelaksanaan RFID di PLUS tersebut," jelasnya.
Sehubungan itu bagi tujuan penambahbaikan dan memastikan keselesaan pengguna khususnya
untuk kutipan tol bagi sistem tol tertutup, Fadillah memberitahu, pihak PLUS telah melaksanakan beberapa tindakan bersifat jangka masa pendek termasuk mengekalkan lorong Touch 'n Go dan Smart Tag sedia ada sebagai pilihan kepada pengguna sehingga pengguna bersedia untuk beralih kepada sistem RFID.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah, beliau memberitahu, kerajaan tidak mampu untuk menghapuskan bayaran tol kerana kos pampasan yang perlu dibayar adalah terlalu besar.
Malah katanya, kerajaan P:akatan Harapan (PH) sebelum ini juga sedar akan perkara iru.
Namun demikian katanya, dalam konteks situasi menang-menang, pihaknya sedang mengadakan rundingan untuk membebankan penggunan dan pada pada masa yang sama tidak menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 01 2022

Fadillah memberitahu, kerajaan tidak mampu untuk menghapuskan bayaran tol kerana kos pampasan yang perlu dibayar adalah terlalu besar. - Gambar JAPEN

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

Penyedut asap makmal SMK Taman Selayang terbakar
Siasatan mendapati kebakaran berlaku di luar kelas di tingkat dua, melibatkan bahagian motor penyedut asap dari sebuah makmal.

Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.

Pembukaan semula sempadan: MOT terima 191,293 permohonan kenderaan dari Singapura
Hanya sekitar 65,000 kenderaan sahaja telah mendapat kebenaran masuk setelah masing-masing memiliki dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).

Tempoh percubaan pelaksanaan RFID adalah kritikal sebelum diperluaskan - Fadillah
Pelaksanaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) buat masa ini adalah bagi memastikan keberkesanan sistem itu sebelum ia diperluaskan.

Parlimen: Kerajaan minta harga RFID dikurangkan - Fadillah
Kerajaan meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch 'n Go Sdn Bhd (TNG Sdn Bhd) untuk mengurangkan harga jualan RFID yang pada ketika ini dijual pada harga RM35.

Baki eWallet tak cukup pada waktu puncak punca lorong RFID sesak
Hasil siasatan mendapati bahawa kesesakan tersebut berpunca daripada beberapa pelanggan yang menggunakan lorong RFID tidak mempunyai baki yang cukup.

SMTrack nafi terlibat dalam projek RFID
SMTrack Bhd hari ini menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika ini untuk plaza tol di seluruh negara.

Teknologi RFID perlu segera ditambah baik - Pakar
Pengguna mula mempertikaikan rasional PLUS menggunakan teknologi data digital RFID yang dianggap menyusahkan kerana kebanyakan mereka "tersangkut".

Kerajaan arah PLUS, Touch 'n Go kemuka justifikasi harga pelekat RFID
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya kemudian akan melakukan penilaian terhadap perincian kos sebenar pelekat RFID tersebut.

PLUS aktifkan semula 19 lorong SmartTAG, tingkat prestasi RFID
PLUS sedar kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan lebuhraya ketika pelaksanaan RFID laluan Juru-Skudai baru-baru ini

RFID: MyCC pantau pelaksanaan PLUS dan TNG
Apabila sebarang isu persaingan dikenal pasti, Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan.