awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Kerajaan tidak akan pertimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/02/2023
04:57 MYT
Parlimen: Kerajaan tidak akan pertimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perkara itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mencapai tahap maksimum. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada sebarang cadangan untuk membina Lapangan terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perkara itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mencapai tahap maksimum.
"Sebelum COVID-19, LTAPP menerima lapan juta penumpang, tahun lepas empat juga lebih, di sini kita melihat sekiranya lapangan terbang itu sudah mencapai tahap tidak mampu lagi, mungkin KXP akan menjadi lapangan terbang alternatif.
"Saya difahamkan lapangan terbang ini lebih kepada kargo, LTAPP pun ada perkhidmatan kargo, jadi sehubungan itu kerajaan belum lagi mempertimbangkan pembinaan KXP," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada soalan Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang mahu Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau Langkawi dan juga perkembangan terkini cadangan pembinaan KXP.
Hasbi menjelaskan, pembinaan lapangan terbang baharu mesti mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan, selain perlu menubuhkan Aerodrom mengikut akta sedia ada bagi membolehkan mereka memohon Lesen Pengendali Aerodrom (AOL).
"Sehingga hari ini, tiada kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk tujuan itu. Cadangan pembinaan KXP adalah inisiatif anak syarikat kerajaan negeri dengan syarikat swasta yang lain, oleh projek ini tidak melibatkan Malaysia Holding Sdn Bhd (MHSB) secara langsung dan setakat ini tidak disenaraikan sebagai projek pembangunan di bawah Kementerian Pengangkutan.
"Dalam Belanjawan 2023 baru-baru, kerajaan memutuskan untuk memberi keutamaan untuk menaik taraf dan pembesaran yang akan diterajui MAHB, pembangunan ini akan dijangka pertumbuhan ekonomi dalam kos yang rendah berbanding pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya membandingkan projek menaik taraf LTAPP dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dengan pembinaan Kedah Aerotropolis pada pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
#Lapangan Terbang Kulim
#Kementerian Pengangkutan
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan