awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Kerap dituduh rasuah, penguat kuasa kastam bakal dilengkapi kamera badan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/12/2021
04:46 MYT
Parlimen: Kerap dituduh rasuah, penguat kuasa kastam bakal dilengkapi kamera badan
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah memaklumkan, usaha itu antara lain adalah untuk meningkatkan integriti JKDM selain usaha menyelamat anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dijangka akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan sebagai usaha menangani salah laku dalam kalangan pasukan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah memaklumkan, usaha itu antara lain adalah untuk meningkatkan integriti JKDM selain usaha menyelamat anggota kastam yang kerap dituduh terbabit dalam aktiviti rasuah.
"Pertamanya, adalah tidak adil menuduh pegawai JKDM kerana kami ketika ini sedang melakukan pelbagai tindakan pelan strategik untuk tingkatkan integriti anggota.
"Kita juga akan melaksanakan kamera badan untuk tingkatkan integriti dan menyelamatkan pegawai-pegawai di JKDM yang selalu dituduh terlibat dengan rasuah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) yang ingin tahu sama ada berlaku amalan rasuah dalam kalangan anggota kastam dalam penyeludupan rokok dan arak.
Topic Berkaitan
#kastam
#integriti
#Parlimen
#kamera badan penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan