awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Najib cadang projek HSR diserahkan kepada KWSP, PNB

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/09/2021
09:10 MYT
Parlimen: Najib cadang projek HSR diserahkan kepada KWSP, PNB
Menurut Datuk Seri Najib, sekiranya projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) HSR siap kelak, ia mampu memberi keuntungan sehingga RM6.7 bilion dengan syarat ia menghubungkan Singapura. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan tanggungjawab dan pemilikan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) diberikan kepada tabung-tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), beliau berkata, usaha itu juga boleh dilakukan dengan kerjasama pelabur dari Singapura memandangkan HSR menghubungkan negara itu.
Menurut beliau, mengembalikan semula HSR kepada perancangan asal dapat dapat menghidupkan semula projek Bandar Malaysia.
"Sekiranya ini berlaku, saya mencadangkan agar melakukan penjenamaan sebagai Bandar ASEAN kerana diyakini bakal meletakan Malaysia menjadi pusat kepada ASEAN dalam usaha menarik perhatian komuniti antarabangsa," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Memetik laporan antarabangsa, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, sekiranya HSR siap kelak, ia mampu memberi keuntungan sehingga RM6.7 bilion dengan syarat ia menghubungkan Singapura.
Dalam pada itu, Najib juga berpendapat RMK-12 perlu disemak semula memandangkan pelan yang merangkumi tempoh 2021 hingga 2025 itu dibentangkan lewat berbanding tarikh yang sepatutnya.
Katanya, ia adalah bagi membolehkan rancangan jangka panjang itu lebih tepat dan berdasarkan situasi semasa.
Topic Berkaitan
#bandar malaysia
#Najib Razak
#Dewan Rakyat
#HSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan