awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Negara kekurangan guru agama - KPM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/09/2021
04:07 MYT
Parlimen: Negara kekurangan guru agama - KPM
Mohamad berkata, di Sabah, KPM telah berbincang dengan UMS untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam dalam usaha membantu menangani masalah kekurangan guru agama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui berlaku kekurangan guru agama terutamanya di peringkat sekolah menengah di seluruh negara.
Timbalan Menterinya Datuk Mohamad Alamin memberitahu, setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah.
"Kita di KPM faham tentang kekurangan guru agama di seluruh negara dan kementerian sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah bilangan guru.
"Umpamanya, di Sabah, kita telah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam untuk membantu menangani masalah kekurangan (guru agama)," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai jumlah guru agama di seluruh negara yang dilihat tidak mencukupi dan keperluan tambahan.
Mengulas lanjut, Mohamad menambah, KPM akan berbincang dengan universiti-universiti tempatan yang lain untuk mengambil langkah sama.
"Dengan ini, kita berharap dapat melahirkan guru agama yang kompeten dalam menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara," jelasnya.
Dewan Rakyat | KPM akui kekurangan guru agama di sekolah
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pendidikan
#kekurangan guru agama
#universiti tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan