awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Pengikut GISB percaya selamat di 'alam kubur' - Menteri Agama

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/10/2024
10:18 MYT
Parlimen:  Pengikut GISB percaya selamat di 'alam kubur' - Menteri Agama
Menurut Mohd Na'im, GISB turut memisahkan suami, isteri dan anak-anak yang seawal usia dua tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdh Bhd yakin diri mereka akan terselamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut terdedah hasil temu bual Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang membongkar hasil pengalaman mereka semasa berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISB.
Kata beliau, antara perkara didapati adalah penyelewengan yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak.
"Mereka meyakini bakal munculnya Imam Mahdi yang ghaib selama ini merujuk kepada Syeikh Suhaimi dan Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya yang juga ghaib serta akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.
"Mereka turut yakin bahawa semua ahli akan selamat di 'alam kubur' kerana dibantu oleh syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan Munkar Nakir," katanya semasa sesi penerangan menteri berkaitan isu GISB di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im turut mendedahkan bahawa jemaah GISB sudah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepada kepimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.
Jelasnya, amalan bertabarruk turut diamalkan ahli kumpulan tersebut iaitu mengharapkan berkat daripada Allah S.W.T dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain yang digunakan oleh pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan dan bekas pimpinan.
"Melaksanakan solat jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat serta pasangan yang sudah ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali majlis akad perkahwinan iaitu akad perkahwinan syarie dan akad perkahwinan," tambahnya.
Sekain itu katanya, GISB turut memisahkan suami, isteri dan anak-anak yang seawal usia dua tahun.
"Pengikut yang keluar daripada GISB tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan isteri, anak, ibu dan bapa. Jika sekiranya suami keluar dari jemaah akan dianggap terputus dari jemaah dan isteri serta anak-anak adalah hak jemaah dan sebaliknya.
"Pengikut juga diminta untuk berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan tanpa gaji untuk kepentingan GISB. Manakala pemimpin hidup penuh kemewahan dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd
#Ashaari Muhammad
#al-arqam
#Nasiruddin Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan