awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: PM akan terima seorang lagi Penasihat Khas

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/12/2021
06:40 MYT
Parlimen: PM akan terima seorang lagi Penasihat Khas
Ismail Sabri dijangka melantik seorang lagi Penasihat Khas dalam aspek kesihatan selepas sebelum ini melantik dua penasihat dalam sektor Undang-undang dan Hak Asasi Manusia dan Agama. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik seorang lagi Penasihat Khas dalam aspek kesihatan selepas sebelum ini melantik dua penasihat dalam sektor Undang-undang dan Hak Asasi Manusia dan Agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, Penasihat Khas itu kini sedang dalam proses lantikan.
“Anggaran kos bulanan keseluruhan bagi setiap satu pejabat Penasihat Khas yang telah dilantik termasuk kos pegawai-pegawai di pejabat tersebut adalah sebanyak RM50,000.
“Kos ini termasuklah bayaran gaji dan emolumen Penasihat Khas serta pegawai-pegawai yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal dasar dan operasi di pejabat berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, menjawab soalan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang - Kubang Pasu) yang bertanya jumlah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan implikasi kewangan bagi setiap lantikan.
Tambah beliau, penasihat yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai jaringan hubungan, pengalaman dan kepakaran dalam hal-hal berkaitan dengan skop tugas mereka.
“Ia boleh memberi faedah kepada usaha-usaha pembangunan negara yang selari dengan konsep Keluarga Malaysia,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#ismail sabri yaakob
#Penasihat Khas
#Perdana Menteri
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan