awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Thailand lulus bacaan pertama rang undang-undang belanjawan bernilai 3 trillion baht

Bernama
Bernama
03/06/2022
11:28 MYT
Parlimen Thailand lulus bacaan pertama rang undang-undang belanjawan bernilai 3 trillion baht
Parlimen Thailand meluluskan bacaan pertama draf rang undang-undang belanjawan bernilai 3.185 trilion baht (AS$96.2 bilion) untuk tahun fiskal 2023 bertujuan meningkatkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19. - Gambar hiasan/REUTERS
BANGKOK: Parlimen Thailand meluluskan bacaan pertama draf rang undang-undang belanjawan bernilai 3.185 trilion baht (AS$96.2 bilion) untuk tahun fiskal 2023 bertujuan meningkatkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
Selepas tiga hari perbahasan, rang undang-undang belanjawan yang akan bermula pada 1 Oktober menyaksikan 278 undi menyokong, 192 membantah dan dua berkecuali selepas sesi pengundian berlangsung pada Jumaat.
Bajet itu menjadi penentu terhadap keupayaan kerajaan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.
Sekiranya belanjawan itu ditolak, bermakna Prayuth berdepan situasi peletakan jawatan atau perlu mengadakan pilihan raya awal.
Rang undang-undang itu dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga pada Ogos sebelum dihantar untuk kelulusan senat dan perkenan diraja.
Sementara itu, dalam ucapan penutupnya, Prayuth berkata bajet itu adalah untuk menyokong pemulihan ekonomi dan sosial pasca pandemik.
"Bajet itu menyediakan dana yang mencukupi kepada agensi kerajaan untuk menggerakkan dasar dan strategi pembangunan negara agar selaras dengan keadaan ekonomi dan sosial semasa," katanya.
Dewan Rakyat juga menubuhkan jawatankuasa semakan bajet yang terdiri daripada 72 ahli, bagi menyemak draf rang undang-undang dalam tempoh 30 hari.
Mesyuarat pertama jawatankuasa itu dijadualkan pada Isnin.
Bajet itu mengunjurkan perbelanjaan meningkat 2.74 peratus berbanding tahun semasa dan defisit sebanyak 695 bilion baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parlimen thailand
#Rang Undang-Undang
#Belanjawan
#bajet
#COVID-19
#Prayut Chan-O-Cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan