Parlimen: Wujud kartel dalam kementerian? KDN digesa siasat - Sivaraj

Sivaraj berkata, juga wujud dakwaan, syarikat yang enggan mematuhi kehendak kartel tersebut tidak akan diberikan kontrak kerajaan, meskipun layak dari segi kelayakan teknikal dan pematuhan syarat rasmi. - Gambar fail/JaPen
KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti kartel dalam penyusunan tender kerajaan, khususnya melibatkan kontrak kawalan keselamatan di Kementerian Pendidikan serta kementerian-kementerian lain.
Ringkasan AI
- Kementerian Dalam Negeri digesa ambil tindakan tegas terhadap aktiviti kartel dalam penyusunan tender kerajaan, khasnya kontrak kawalan keselamatan di Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
- Senator Datuk Sivaraj Chandran menyuarakan kekecewaan kerana syarikat yang menolak kehendak kartel tidak diberi kontrak kerajaan, walaupun layak dari segi teknikal.
- Beliau menekankan keperluan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat serta ambil tindakan terhadap jaringan kartel yang mengaut keuntungan berjuta-juta melalui sistem tender yang dimanipulasi.
"Syarikat-syarikat yang memenuhi semua syarat kewangan, teknikal, serta mempunyai rekod prestasi yang baik, tetap diketepikan hanya kerana mereka enggan tunduk kepada “syarat tidak rasmi” yang dikenakan kumpulan tertentu.
"Bila keputusan tender sudah diketahui sebelum tender dibuka, itu bukan proses perolehan. Itu penjualan pengaruh, dan apabila pengaruh menjadi kuasa menentukan kontrak, tadbir urus negara mula runtuh.
"Perdana Menteri serius dalam memperteras rasuah dan kartel. Namun, kita melihat aktiviti kartel dalam penyusunan kontrak kerajaan masih aktif dan semakin berleluasa tanpa sekatan yang jelas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Perbahasan Rang Undang-undang Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 di Dewan Negara, di sini pada Isnin.
Sehubungan itu, Sivaraj menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap jaringan kartel yang didakwa mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun melalui kawalan dan manipulasi sistem tender.
"Kita semua maklum akan kewujudannya. Kita perlu berani bersuara dan saya berharap tindakan tegas diambil terhadap kartel-kartel tersebut yang semakin agresif dalam menguasai kontrak kerajaan. Ini perkara yang serius," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



