awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
Planet baharu saiz Bumi dikesan berhampiran zon boleh dihuni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti gesa kaji semula Akta Lompat Parti harus pinda perlembagaan masing-masing - Rafizi

Bernama
Bernama
17/11/2023
14:51 MYT
Parti gesa kaji semula Akta Lompat Parti harus pinda perlembagaan  masing-masing -  Rafizi
Parti politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing-masing, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Parti politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing-masing, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, semakan semula akta berkenaan tidak dibincangkan oleh Jemaah Menteri.
Pada 9 Nov lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian itu perlu dibuat kerana akta tersebut ada beberapa kelemahan susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi berkata perbincangan dan persetujuan terhadap undang-undang anti lompat sebenarnya melalui proses berbulan-bulan dan ini adalah kompromi terbaik dicapai oleh semua parti.
"Bagi saya, titik kelemahan berlaku kerana parti seperti Bersatu, tidak seperti parti dalam Pakatan Harapan (PH), tidak meminda perlembagaan parti mereka yang menyatakan bahawa jika mana-mana Ahli Parlimen membelakangkan keputusan parti itu dianggap sebagai peletakan jawatan dari parti.
"Jika perkara ini berlaku dalam PH, itu bukan masalah, kerana perlembagaan masing-masing parti sudah menangani kelemahan tersebut semasa perundingan dua tahun terakhir menjelang tarikh draf," katanya pada sidang media di Asia Business School di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berhubung desakan supaya akta itu dikaji semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Lompat Parti
#parti politik
#pinda perlembagaan
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan