awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS desak PRK DUN Sg Limau diadakan sebelum Bajet 2014

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2013
23:00 MYT
PAS desak PRK DUN Sg Limau diadakan sebelum Bajet 2014
PAS mendesak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil Sungai Limau sebelum pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadualkan pada 25 Oktober depan.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata pilihan raya kecil itu perlu dilakukan segera bagi mengelak persepsi bahawa kerajaan akan menggunakan platform berkenaan untuk memancing pengundi.
"Sekiranya PRK Sungai Limau dilakukan selepas bajet, akan timbul persepsi kerajaan sengaja menggunakan pengumuman itu terutamanya melibatkan pemberian tunai untuk mempengaruhi pengundi.
"Malah, ia juga akan melihatkan seolah-olah SPR cuba bersekongkol dengan kerajaan," kata Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.
Tegas Pesuruhjaya PAS Kedah itu, ia juga bagi mengelakkan berlakunya pertembungan dengan Perhimpunan Agung UMNO dan juga Muktamar PAS yang ditunda ekoran berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berlaku selepas kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#Mahfuz Omar
#pilihan raya kecil
#Sungai Limau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan