PAS Kelantan kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita melalui jaringan sosial media dan pesanan ringkas kononnya bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia kerana komplikasi jantung.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata perkhabaran seperti itu sepatutnya disemak dengan ahli keluarga Nik Abdul Aziz.
"Tok guru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas, tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, Islam melarang keras penyebaran hal peribadi seseorang yang belum ada kepastian dan ia termasuk dalam perkara fitnah yang boleh membawa dosa.
Tambahnya, kecanggihan teknologi hari ini serta "semangat suka berlumba-lumba dalam melaporkan sesuatu kadang-kadang menjadi musibah dalam masyarakat".
Ahmad turut meminta orang ramai mendoakan agar Nik Abdul Aziz "sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu."
Khabar angin 'kematian' Nik Abdul Aziz itu tersebar sejak awal pagi tadi. Ia kemudian reda selepas anak beliau, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikannya melalui Twitter.
Nik Aziz komen nahas MH17
Sementara itu, Nik Abdul Aziz sendiri dalam satu kenyataan berasingan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
"Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang.
"Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini.
"Saya berkongsi rasa dukacita atas tragedi berkenaan," katanya.
Beliau juga meminta nahas itu disiasat dengan terperinci terutamanya menyentuh aspek keselamatan laluan udara di kawasan yang bergolak itu.
"Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan," katanya.
Pesawat penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk. Semuanya penumpangnya dilaporkan terbunuh.
Astro Awani
Fri Jul 18 2014
Foto terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang diedarkan kepada media. -- Foto: PAS
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.