awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/05/2024
23:00 MYT
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Pas berkata, kesegeraan siasatan dan pendakwaan ke atas pihak terbabit dalam kes ugutan bunuh terhadap Teresa Kok menjadi lebih utama memandangkan kekerapan berlakunya kes yang membawa unsur ganas dan merosakkan akhir-akhir ini.
KUALA LUMPUR: Pas mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
Menurut Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah dan bertentangan dengan undang-undang.
"Sebagai rakyat Malaysia dan seorang Ahli Parlimen, Kok berhak mendapat semua perlindungan disediakan di bawah undang-undang negara selain berhak menjalani kehidupan yang baik sebagai individu mahupun ahli politik dengan aman dan bebas daripada ancaman.
"Pas juga mengambil maklum polis telah memulakan siasatan kes di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan berharap ia dapat disegerakan kerana perbuatan ini tidak boleh diterima.
"Kesegeraan siasatan dan pendakwaan ke atas pihak terbabit menjadi lebih utama memandangkan kekerapan berlakunya kes yang membawa unsur ganas dan merosakkan seumpama ini sejak kebelakangan ini, sama ada melibatkan ahli politik, pasukan keselamatan, ahli sukan, ahli perniagaan dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Media melaporkan Kok dalam hantaran menerusi Facebook, mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dalam surat yang dihantar ke rumahnya bersama dua butir peluru hidup.
Kok dipetik berkata, surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan di peti surat kediamannya.
Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, dilaporkan berkata polis sedang mengesan dalang kes terbabit selepas pihaknya menerima satu laporan mengenainya.
Beliau berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim itu mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Teresa Kok
#ugutan bunuh
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan