awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

Kenyataan Media
Kenyataan Media
19/05/2024
12:54 MYT
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Rusdi berkata, kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis memandang serius perkara tersebut serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan. - Gambar PDRM
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kes itu pukul 9 malam semalam.
Beliau memaklumkan, hasil siasatan awal polis mendapati, sampul surat yang dikirim dengan sekeping nota berbentuk amaran turut mengandungi dua butir peluru.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Rusdi, kes masih di peringkat siasatan dan pihaknya memandang serius perkara tersebut serta menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.
Ujarnya, orang ramai boleh menyalurkan sebarang pertanyaan atau maklumat dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Teresa yang merupakan Naib Pengerusi DAP mendakwa menerima ancaman bunuh dalam sekeping kertas bersama sampul surat berisi dua butir peluru semalam.
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#DAP
#siasatan
#balai polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan