awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS mahu Yusuf al-Qaradhawi diberikan suaka politik

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2014
12:10 MYT
PAS mahu Yusuf al-Qaradhawi diberikan suaka politik
PAS juga menyeru agar Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan. - Gambar fail
PAS kesal dengan perancangan beragenda pihak tertentu untuk mensabitkan Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi kepada dakwaan jenayah berat hingga diisytiharkan Notis Merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai waran tangkap ke atas beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dakwaan tersebut adalah jelas satu fitnah dan tuduhan melampau ke atas tokoh ulama dunia yang masyhur membawa mesej dan seruan kebertanggungjawaban, keharmonian, toleransi, keamanan, kesederhanaan, persaudaraan dan meraikan perbezaan itu.
Beliau berkata dalam satu kenyataan media, Syeikh al-Qaradhawi adalah tokoh yang diakui kesarjanaannya di dunia akademik serta menjadi rujukan dan panduan dunia terhadap pendirian massa umat Islam.
"Dakwaan ke atasnya (Syeikh al-Qaradhawi) adalah tidak berasas dan tidak munasabah serta tidak terbukti dengan sebarang rekod atau fakta sama ada pernah, sedang atau akan diucapkan, difikir rancang atau dilakukan beliau.
"PAS melihat pengisytiharan Interpol itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam seluruh dunia yang boleh mengundang prejudis, kesangsian dan mengundang tindak balas ekstrem pihak tertentu di luar kawalan.
"PAS menggesa kuasa-kuasa Barat terutama Amerika dan sekutunya agar tidak bermain api dengan mendalangi tindakan yang boleh mencetus bahaya ini, tambah beliau dalam kenyataan media yang sama.
Beliau juga berkata PAS menyeru agar Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) untuk segera bersidang bagi mendesak agar notis tersebut dibatalkan.
"Dr Yusuf mesti diisytihar bebas dari sebarang pertuduhan atau mengaitkan sama sekali dengannya kepada dakwaan tidak berasas tersebut.
"Beliau wajib diberi jaminan keamanan dan keselamatan. PAS menyeru semua negara OIC khususnya Malaysia untuk segera mengisytiharkan suaka politik ke atas beliau yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negara Ke-8 dari Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
#oic
#PAS
#Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan