awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS masih optimis RUU 355 akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat kali ini

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
31/10/2016
10:27 MYT
PAS masih optimis RUU 355 akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat kali ini
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (gambar) menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat. - Gambar fail
PAS masih optimis dan menaruh harapan bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dikemukakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan, usul berkenaan perlu dibentangkan kerana ia sudah tersenarai dalam kertas perintah dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya masih optimis, masih menaruh harapan, itu perkara biasa, kita tunggulah. Terpulang kepada mereka (kerajaan) tetapi kami masih berharap agar usul itu dibentangkan pada sidang kali ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, PAS masih mampu bertoleransi jika usul mengenai RUU Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi itu ditunda ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
Ditanya mengenai pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman bahawa usul berkenaan mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi kali ini, katanya. "Beliau memberikan pendapat beliau. Itu bukan keputusan parlimen."
Sehingga kini, ramai tertanya-tanya sama ada RUU355 akan dibahaskan atau tidak pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 24 November depan.
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#Rang Undang-Undang
#RUU 355
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan