Pas mengekalkan kedudukannya di Kelantan dan merampas Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan sikap pengundi yang terpaksa mencari jalan mudah untuk memberi sokongan kepada parti Melayu.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, 90 peratus pengundi di Pantai Timur adalah Melayu yang mana tidak menyenangi parti campuran pelbagai kaum.
“Mereka nak undi BN tidak boleh (kerana pelbagai isu), jadi terpaksa undi Pas,” katanya.
Menurutnya, faktor itu juga menjadi punca kekalahan calon Bersatu di Pantai Timur.
“Walaupun jelas mereka menyokong Bersatu, tetapi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kami menggunakan simbol PKR. Jadi, rakyat tidak tahu sama ada calon itu dari Bersatu atau PKR,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya mereka dibenarkan menggunakan simbol parti sendiri, Bersatu mungkin memperoleh kejayaan yang lebih tinggi.
“Ataupun, sekurang-kurangnya menggunakan simbol Pakatan Harapan, saya fikir kejayaan parti kita akan lebih daripada apa yang dapat,” katanya,
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerjasama UMNO dan Pas yang dilihat semakin akrab selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya Mei lalu tidak cukup memberi kesan kepada parti itu.
“Saya berpendapat kerjasama mereka tidak mungkin memberi kemenangan kerana di kawasan tertentu mereka tidak boleh capai.
“Lihat di Pantai Timur yang mana iklim dan suasananya lain. Jadi di situ mereka akan sokong Pas, tidak UMNO. Namun demikian, gabungan ini tidak mungkin cukup untuk menjadi kerajaan,” katanya dalam temubual bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.
Mengulas mengenai keampuhan kerjasama antara Pakatan Harapan, Mahathir berkata, segalanya berjalan lancar dan keputusan dapat dicapai dengan baik.
“Kadangkala ada perbahasan keras, namun kita dapat membuat keputusan yang dipersetujui oleh lima parti yang berada dalam kabinet,” katanya.
Sinar Harian
Mon Sep 10 2018
Dr Mahathir berkata, sekiranya Bersatu dibenarkan menggunakan simbol parti sendiri, parti itu mungkin memperoleh kejayaan yang lebih tinggi dalam PRU14 yang lalu. Gambar fail
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.