PAS menafikan kehadiran Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok.

Dalam satu pesanan ringkas pada petang Rabu, PAS memaklumkan bahawa Nik Abduh dalam penerbangan pulang ke Kota Bharu dari Terengganu.

"Nik Abduh tidak hadir ke himpunan merah (Himpunan Rakyat Bersatu) sebentar tadi. Beliau berada di Kedah dan mengambil penerbangan ke Pulau Pinang ke Kota Bharu untuk pulang sebentar tadi," menurut pesanan itu.

Ketika perhimpunan petang tadi, penganjur berulang kali mengumumkan kehadiran Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi sistem siar raya pada acara itu yang dianjurkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)