awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/11/2021
08:09 MYT
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pendirian mereka berhubung perkara itu tetap sama sejak dari awal lagi. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pendirian mereka berhubung perkara itu tetap sama sejak dari awal lagi.
"Dalam hal ni jelaslah, tuan-tuan tengok pendirian Pas bab arak ni clear (jelas). Kita tidak setuju dalam apa nama... Timah ke tak Timah ke, itu jelas kepada kita daripada awal lagi.
"Tak ada lagi tuan-tuan tengok di kalangan pimpinan Pas sokong bab Timah ni, bab arak ni. Kita tak setuju, atas nama apa pun Timah ke, Dollah ke, Wahab ke, kita tidak bersetuju," tegas Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.
Beliau ditemui selepas melawat rumah penerima bantuan program Inspirasiku MyHaus yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kampung Sri Aman, Menglembu, Ipoh pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan arak jenama tempatan, Timah yang sebelum ini mencetus kontroversi untuk mengekalkan nama itu.
BACA: Kabinet putuskan nama arak Timah dikekalkan - Wee Ka Siong
Dalam kenyataan media berbahasa Cina di laman Facebooknya, Ka Siong berkata, kontroversi penggunaan nama Timah pada minuman keras itu telah diselesaikan oleh Kabinet baru-baru ini.
Katanya, Timah tidak perlu menukar namanya dan pengilang telah bersetuju untuk memasukkan penjelasan tentang asal usul nama Timah yang merujuk bijih timah.
Topic Berkaitan
#arak
#timah
#PAS
#Idris Ahmad
#arak jenama tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan