IPOH: Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama kerajaan negeri menyediakan Program Latihan Mahir Kerja bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan tempat di industri.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berkata program itu adalah bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) kepada anak Perak di negeri ini.
"Peserta berumur 16 tahun ke atas yang menyertai program ini akan menjalani latihan selama dua minggu dan diberikan elaun. Ibu bapa dan penjaga kepada peserta tidak perlu risau jika menghantar anak kerana akan diberikan pendedahan berkaitan industri.
"Program ini merupakan fasa pertama yang berlangsung sehingga Jun dan akan bersambung ke fasa kedua bermula Julai hingga November. Peserta yang terlibat boleh memilih lokasi di zon yang terdekat dan boleh merujuk laman web PASAK untuk maklumat lanjut," katanya pada sidang media berkaitan Bengkel Koridor TVET Malaysia siri 3 dan 4 di sini pada Rabu.
Sivanesan berkata sebanyak 36 peratus pelajar lepasan SPM yang tidak lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran iaitu Sejarah dan Bahasa Melayu sekali gus tidak melayakkan diri untuk menyambung pelajaran ke Institusi Pelajaran Tinggi Awam atau Swasta.
"Kami berbincang bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pengarah bagi mencari solusi. Program ini juga akan didedahkan kepada ibu bapa bagi menarik minat mereka untuk menghantar anak-anak.
"Selangkah peserta menyertai program ini, syarikat-syarikat yang terlibat antaranya Proton City dan Felcra Education Services Sdn Bhd akan menjamin pekerjaan sebaik mereka habis latihan dua minggu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
PASAK dengan kerjasama kerajaan negeri menyediakan Program Latihan Mahir Kerja bagi pelajar lepasan SPM mendapatkan tempat di industri. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
PASAK sedia latihan mahir kerja kepada pelajar lepasan SPM
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama kerajaan negeri menyediakan Program Latihan Mahir Kerja bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan tempat di industri.
Perak lancar aplikasi Talent Perak, mudahkan urusan mencari kerja
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Perak beri keutamaan atasi isu pengangguran
PASAK akan menganjurkan jelajah kerjaya di 12 daerah di Perak bagi memberi peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja.