awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/06/2024
03:10 MYT
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Antara tukang jahit warga Pakistan yang ditahan dalam operasi dijalankan JIM. - Foto JIM Kedah
SUNGAI PETANI: Sebuah premis perniagaan yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi melindungi tukang jahit akhirnya terbongkar dalam serbuan oleh Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri (JIM) Kedah (JIM) di sebuah lokasi di Sungai Petani, di sini, pada Ahad.
Pengarah JIM Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, dalam serbuan bermula jam 4 petang itu berjaya menahan seramai 16 orang warga Pakistan yang sedang menjahit di dalam premis tiga tingkat terbabit.
“Semasa serbuan sekumpulan warga asing ini sedang leka menjahit. Kesemua mereka berumur 21 hingga 49 tahun adalah lelaki warganegara Pakistan.
“Dari luar premis tersebut dilihat seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan dan kurang dikunjungi namun hasil risikan mendapati kesemua warga asing ini tidak keluar dan akan memasak dan tidur di dalam premis tersebut.
“Majikan atau Bos akan hadir setiap hari di waktu pagi bagi memantau secara lebih dekat tugasan mereka”, katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Ridzzuan lagi, semasa serbuan, sekumpulan warga asing ini enggan memberi kerjasama untuk membuka pintu premis.
Namun pihaknya berjaya memasuki premis tersebut dengan mengumpil pintu.
“Hasil maklumat awal yang diperoleh kesemua premis dikawasan ini dimiliki oleh warga tempatan dan di ‘alibabakan’ kepada warga asing,” ujarnya.
Malah jelasnya lagi premis yang menggajikan tukang jahit itu juga menjalankan perniagaan dengan menerima tempahan dari pengusaha tekstil dan juga tempahan dari pelanggan tetap.
Mengulas lanjut, pihaknya juga akan membuat siasatan terhadap pemilik premis yang menggaji serta membenarkan imigran larangan berada di premis tersebut.
Kesalahan yang telah dikenal pasti terhadap sekumpulan warga asing ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana telah tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63. Majikan atau pemilik premis ini juga akan disiasat dibawah Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Topic Berkaitan
#tukang jahit
#warga asing
#CCTV
#JIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan