awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang pembetung lebih besar elak banjir - MB T'ganu

Bernama
Bernama
25/12/2012
01:39 MYT
Pasang pembetung lebih besar elak banjir - MB T'ganu
Kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk memasang pembetung lebih besar di kawasan sedia ada berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam dalam masa terdekat.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang sempat meninjau situasi banjir di kawasan itu, berkata beliau mendapati punca sebenar bencana tersebut ialah kerana sistem pembetung sedia ada terlalu kecil dan tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak pada musim tengkujuh.
"Kita akan pasang pembetung yang lebih besar supaya air cepat turun sekaligus dapat mengatasi masalah air melimpah ke rumah penduduk... kerja-kerja pemasangan pembetung ini mungkin mengambil masa satu atau dua bulan lagi, dan akan cuba disiapkan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di SK Tanjung Gelam Isnin.
Beliau berkata pemasangan pembetung itu diharap mampu menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu.
Sementara itu, seramai 25 keluarga melibatkan 91 mangsa banjir dari Taman Desa Darul Iman 6 dan Taman Desa Tanjung, yang berpindah sejak petang Sabtu, melahirkan kegembiraan kerana Ahmad prihatin dengan nasib mereka.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Terengganu
#Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said
#pembentungan
#prihatin banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan