awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan bersekedudukan ditahan kes dera bayi perempuan 8 bulan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
12/02/2021
09:52 MYT
Pasangan bersekedudukan ditahan kes dera bayi perempuan 8 bulan
Kepala bayi tersebut bengkak dan terdapat pendarahan di bahagian otak selain kecederaan lama dan baharu pada tubuh bayi tersebut. - Gambar hiasan
TAWAU:Polis menahan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 42 serta 20 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penderaan bayi mereka yang berusia lapan bulan di Kampung Kausing, Tawau pada Khamis.
Difahamkan, kedua-dua warga Indonesia yang tidak berkahwin namun tinggal bersekedudukan itu, menghantar bayi berkenaan ke Hospital Tawau pada jam 11 malam Isnin untuk mendapatkan rawatan.
Sumber memberitahu, pemeriksaan kemudian mendapati, kepala bayi tersebut bengkak dan terdapat pendarahan di bahagian otak selain kecederaan lama dan baharu pada tubuh bayi tersebut.
Katanya, suspek memberitahu doktor bahawa bayi itu terjatuh dari buaian sebulan yang lalu dan mendakwa bayi tersebut sering dibuai dalam buaian dalam keadaan laju.
Bagaimanapun doktor percaya kecederaan dialami bayi itu berkemungkinan berpunca daripada penderaan dan membuat laporan polis sebelum kedua-dua mereka ditahan jam 7.30 malam Khamis.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
"Siasatan polis mendapati kedua-dua suspek merupakan warga Indonesia yang bekerja sebagai penjaga kebun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Mereka bukan pasangan suami isteri yang sah namun tinggal bersekedudukan sejak Disember 2019 sehingga wanita berkenaan melahirkan bayi perempuan tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Topic Berkaitan
#bayi
#dera
#pasangan
#bersekedudukan
#warga Indonesia
#Tawau
#kampung kausing
#pendarahan otak
#Hospital Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan