MALAYSIA
Pasangan doktor ditangkap khalwat berdepan tindakan buang kerja

Pasangan berkenaan ditahan pada jam 3.43 petang Selasa dan kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.
MELAKA: Sepasang kekasih yang juga doktor perubatan berdepan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja selepas ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana di sini pada Selasa lalu.
Ringkasan AI
- Sepasang doktor ditahan oleh JAIM kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana. Mereka didapati cuba bersembunyi sebelum membuka pintu selepas lebih 20 minit, dan kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.
- Exco Kesihatan negeri memaklumkan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan penamatan perkhidmatan akan diambil oleh JKN Melaka sekiranya siasatan JAIM mendapati mereka bersalah. Buat masa ini, kedua-dua individu masih bertugas seperti biasa.
- Serbuan turut disertai imam, polis dan penduduk setempat. Pihak berkuasa negeri menunggu laporan lengkap JAIM sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap pasangan terbabit.
“Namun setakat ini, kedua-dua mereka masih bertugas seperti biasa.
“Kita sedang menunggu laporan siasatan lengkap daripada JAIM,” katanya kepada media selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Akta 446 di Tambak Paya di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang doktor lelaki ditahan JAIM selepas disyaki berkhalwat bersama pasangannya yang juga seorang doktor wanita.
Menurut sumber, semasa serbuan kira-kira jam 3.25 petang, pasangan tersebut didapati cuba bersembunyi di dalam rumah sebelum akhirnya membuka pintu selepas lebih 20 minit pihak berkuasa menunggu.
Difahamkan, serbuan itu turut disertai oleh imam masjid, anggota polis dan penduduk taman berdekatan.
“Doktor lelaki yang membuka pintu rumah itu turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediaman yang disewa bersama dua lagi rakan lelaki yang tiada di rumah semasa kejadian,” kata sumber berkenaan.
Pasangan berkenaan ditahan pada jam 3.43 petang dan kes disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami