awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih RM100,000

Bernama
Bernama
04/05/2025
09:30 MYT
Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih RM100,000
Mohd Iqbal berkata pasangan berusia 25 dan 23 tahun ditahan pada 3.20 petang, Jumaat lepas dan polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri itu.
SHAH ALAM: Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Penahanan sepasang kekasih: Polis menahan sepasang kekasih di Bandar Puncak Alam kerana mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55.
  • Barang kemas ditemui semula: Polis berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri.
  • Siasatan lanjut: Pasangan tersebut kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pasangan yang berusia 25 dan 23 tahun ditahan pada 3.20 petang, Jumaat lepas dan polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri itu.
"Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Mereka juga negatif terhadap dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasangan terbabit kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Media pada 28 April lepas melaporkan polis sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini.
Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 26 saat menerusi laman TikTok memaparkan kejadian seorang lelaki dan wanita mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi
#barang kemas
#kedai emas
#Puncak Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami