awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya

Bernama
Bernama
15/12/2022
11:12 MYT
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Indran dan Vasanthi dituduh mendatangkan cedera fizikal kepada mangsa, sehingga mengalami kecederaan di bahagian dada, belakang badan dan kedua-dua belah kaki. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa tahun lepas.
L. Indran, 29, dan R. Vasanthi, 21, membuat pengakuan itu masing-masing di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas pertuduhan secara berasingan dibacakan terhadap mereka.
Indran dan Vasanthi dituduh mendatangkan cedera fizikal kepada kanak-kanak yang ketika itu berusia dua tahun, sehingga mengalami kecederaan di bahagian dada, belakang badan dan kedua-dua belah kaki.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Batu 16, Kampung India, Jasin antara 4 petang hingga 6 petang pada 11 Nov 2021, sebelum kanak-kanak malang itu, yang merupakan anak kepada Vasanthi, meninggal dunia pada 17 Nov 2021.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Hakim Mohd Sabri membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Indran manakala Hakim Darmafikri menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Vasanthi.
Sebutan semula kes bagi Indran ditetapkan pada 16 Jan manakala Vasanthi pada 25 Jan tahun depan dan kes Indran dan Vasanthi itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan N. Sivasangari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Akta Kanak-Kanak
#Melaka
#dera kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan