awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan Orang Asli larikan diri daripada jalani saringan COVID-19 berjaya dikesan

Bernama
Bernama
07/02/2021
04:48 MYT
Pasangan Orang Asli larikan diri daripada jalani saringan COVID-19 berjaya dikesan
Pasangan Orang Asli itu telah beri kerjasama yang baik kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan COVID-19. - Bernama
KOTA BHARU:Pasangan suami isteri Orang Asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, pada 4 Feb, akhirnya ditemukan semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pasangan itu ditemukan selepas anggota daripada Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai pasangan berkenaan, kira-kira pukul 5.30 petang.
Beliau berkata susulan daripada maklumat yang diterima sepasukan anggota berjaya mengesan dan menemukan pasangan itu di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang.
"Pasangan Orang Asli itu telah beri kerjasama yang baik kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan COVID-19 seterusnya menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan pasangan suami isteri Orang Asli yang berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu bertindak menghilangkan diri ketika ujian saringan COVID-19 hendak dilakukan ke atas mereka, pada Khamis lepas.
Difahamkan, ujian saringan itu perlu dijalankan selepas anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#petugas kesihatan
#JAKOA
#pandemik
#COVID-19
#ujian saringan
#Hospital Sultan Ismail Petra
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan