Skip to main content

Malaysia

Pasangan pelajar kolej ditahan kes bayi maut dengan kesan tikaman - Polis

JOHOR BAHRU, 30 Julai -- Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
etua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh seorang bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari berhubung seorang pelajar yang dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang kerana melahirkan anak.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, bayi perempuan itu ditemukan oleh tenaga pengajar di dalam mangkuk tandas rumah berkenaan.

"Ketika pemeriksaan di hospital, doktor turut mengesan ada seorang lagi bayi (kembar) yang masih dalam kandungan pelajar berkenaan. Bagaimanapun bayi itu selamat dilahirkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang pelajar yang dipercayai teman lelaki remaja itu bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang, hari ini. 

Katanya, proses bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengesahkan punca kematian serta jumlah tikaman pada badan bayi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi berkata pelajar lelaki berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata perintah tahanan reman hingga 5 Ogos itu dibenarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Kluang.

“Pelajar wanita yang disyaki telah melahirkan bayi tersebut kini masih ditahan wad dan dirawat di Hospital Kluang (Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom),” katanya. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement