SUBANG JAYA : Mahkamah Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas pasangan suami isteri yang dipercayai membunuh jiran mereka sebelum mayat wanita itu disorok di bawah katil rumah di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1 di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, perintah reman sehingga 15 Mac depan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Jenayah Tatacara bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.
Beliau turut memberitahu, mayat mangsa masih lagi ditempatkan di bilik forensik Hospital Serdang.
"Bedah siasat akan dilakukan sebaik sahaja keputusan ujian saringan COVID-19 diterima," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Media melaporkan, tindakan jiran itu terbongkar, selepas polis menjalankan siasatan berhubung kes seorang peniaga kuih warga Indonesia yang dilaporkan hilang oleh suaminya sejak dua hari yang lalu.
Menurut suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya pulang ke rumah kira-kira pukul 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci sementara isterinya tidak berada di rumah.
Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada hari yang sama.
Semasa diambil keterangan, suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.
Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang," katanya.
Susulan itu, katanya, wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya.
BACA: Akibat dijerat hutang, wanita bunuh jiran, sembunyi mayat bawah katil
Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.
Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan itu dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000.
Ketika kejadian suami suspek, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 10 2021
Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan itu dipercayai berpunca masalah kewangan dihadapi suspek dan terdesak membayar hutang berjumlah kira-kira RM5,000. - Gambar hiasan
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
16 tahun sorok mayat teman wanita bawah lapisan simen
Proses siasatan hampir selesai dan suspek bakal diserahkan kepada pihak pendakwa dalam masa terdekat.
Pasangan suami isteri bunuh, sorok mayat jiran bawah katil direman enam hari
Mahkamah Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas pasangan suami isteri yang dipercayai membunuh jiran mereka sebelum mayat wanita itu disorok di bawah katil.