MALAYSIA
Pasangan suami isteri dalang sindiket penipuan BEC diberkas

Suspek ditahan adalah lelaki warganegara Nigeria berusia 43 tahun dan wanita tempatan berusia 41 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Pasangan suami isteri yang dipercayai dalang sindiket penipuan Business Email Compromise (BEC) ditangkap dalam serbuan di Eco Majestic, Semenyih, Selangor dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, suspek ditahan adalah lelaki warganegara Nigeria berusia 43 tahun dan wanita tempatan berusia 41 tahun.
Berdasarkan statistik pada tahun lepas sahaja, 57 kes penipuan BEC dicatatkan melibatkan kerugian lebih RM49 juta.
Manakala bagi tahun ini sehingga semalam sebanyak 23 kes dilaporkan dengan kerugian lebih RM15 juta.Siasatan mendapati sindiket ini melakukan penipuan terhadap seorang lelaki warganegara Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang menetap di Dubai dengan melibatkan kerugian lebih RM3.9 juta.
Pengadu didapati telah berurusan dengan syarikat Oyak Cimento Fabrikalari AS melalui e-mel untuk pembelian bahan simen berjumlah 41,000 tan metrik.
Sepanjang perbicangan, pihak penjual telah menggunakan alamat emel [email protected].
Bagaimanapun, mangsa seterusnya menerima e-mel daripada alamat [email protected] yang seterusnya mengarahkan pembayaran bagi urus niaga tersbeut dibuat ke akaun milik syarikat Oyak Cement Fabrikalari Trading di Malaysia.
Setelah pembayaran dibuat, pengadu tidak menerima barangan yang dijanjikan.
“Seandainya ada e-mel yang melibatkan bayaran, contohnya Syarikat A nak buat bayaran kepada Syarikat B, apa yang scammer ini buat ialah, mereka akan hantar satu e-mel lain kepada Syarikat A.
“Dalam e-mel berkenaan (pengenalannya) seolah-olah dari Syarikat B. Tapi mungkin satu atau dua huruf dalam e-mel tersebut akan ditukar, contohnya huruf i akan ditukar huruf l.
“Maka, apabila Syarikat A terima (e-mel), mereka tak perasan bahawa i tu dah tukar pada l. Maknanya, e-mel ini bukan daripada syarikat sebenar tapi adalah e-mel palsu yang dihantar oleh scammer.
“E-mel ini biasanya akan beritahu (mangsa) bahawa akaun sebenar ada masalah dan tak boleh digunakan dan sebagainya, lalu meminta syarikat atau mangsa ini buat bayaran pada akaun baharu,” jelas Mohd Kamaruddin.
Hasil tangkapan pasangan itu, polis merampas sebuah kerete jenis Mercedez Benz dan Proton Exora, telefon bimbit, jam tangan dan komputer riba yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penipuan yang dijalankan.
Polis berjaya mengesan RM1.8 juta milik mangsa.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami