Amalan melakukan diet yang ketat selama tiga bulan oleh sepasang suami isteri akhirnya berbaloi apabila mereka dinobatkan juara dalam cabaran 'Biggest Loser' anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) 2019.
Wartawan Utusan Malaysia Muhammad Yatimin Abdullah, 34, dan isterinya wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin, 34, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, pingat dan sijil penyertaan selepas menjuarai pertandingan bagi kategori lelaki dan perempuan itu.
Muhammad Yatimin hilang berat badan sebanyak 8 kilogram (kg) manakala isterinya 12kg selepas mengamalkan diet sihat dengan hanya mengambil nasi sekali sehari dan menjadikan kacang badam sebagai kudapan selama tiga bulan itu.
"Penyertaan saya dalam program ini awalnya untuk menurunkan kadar kolesterol dan tidak menyangka dapat menjuarai pertandingan," kata Muhammad Yatimin selepas Majlis Penutup Biggest Loser yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran Mohd Adanan Hassan malam tadi.
Sementara itu, isterinya Hazelen Liana berkata beliau bersama suami saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan mereka mematuhi diet yang dirancang.
Katanya, pada peringkat awal mereka mengalami masalah menyesuaikan diri dengan diet tersebut kerana sudah biasa mengambil nasi tiga kali sehari.
Namun katanya masalah itu dapat diatasi perlahan-lahan dan mereka berjaya mengambil nasi sekali sehari selain makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sementara itu, pemberita sambilan Bernama, Rohaiza Ab Rahman, 40, pula berjaya meraih tempat kedua kategori wanita dengan membawa pulang RM700 manakala Hanifah Hamzah, 45, (Utusan Malaysia) di tempat ketiga dengan memperoleh RM500.
Naib johan kategori lelaki dimenangi Chia Chee Lin, 42, (Astro Awani) manakala tempat ketiga milik Nik Abdullah Nik Omar, 44, daripada New Straits Times Press.
Presiden Kemudi Azran Fitri Abdul Rahim berkata pertandingan Biggest Loser yang dimulakan tiga bulan lepas itu akan diteruskan tahun hadapan bagi memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan wartawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Mohd Adanan (tengah) beramah mesra bersama pemenang pertandingan The Biggest Loser pada Majlis Penutup Kemudi Biggest Loser 2018 di Kota Bharu, 2 Nov, 2018. Turut kelihatan, Azran Fitri (kiri). --fotoBERNAMA

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara diambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

COVID-19 | Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut. Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi meminimumkan jumlah kematian.

Ikan Budu | Kaedah simpan ikan ketika musim banjir
Dalam situasi banjir, kebiasaanya bekalan makanan terutama jenis barangan basah termasuk ikan sukar diperolehi. Apatah lagi tangkapan hasil laut juga berkurangan kerana nelayan tidak ke laut kerana laut bergelora. Bagaimana orang dahulu menyimpan bekalan makanan?

Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.

"From Fat Amy to Fit Amy?" - Peminat teruja lihat perubahan Rebel Wilson
Wilson kini sudah berjaya menurunkan berat badan dan meminta peminatnya untuk mengelarkannya 'Fit Amy'.

Turun sebanyak 45kg.. ini rupanya diet diamalkan Adele
Ramai tertanya-tanya bagaimanakah Adele mampu menurunkan berat badan sebanyak itu.

Jangan buang kulit ayam, ia ada khasiat - Kajian
Ramai yang memilih untuk menyingkirkannya daripada menu, terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.

Anjur 'masuk syurga' dengan bayaran RM18, ketua ajaran sesat ditahan
Semua pengikut juga dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50.

'No free hair, no make up..' - Ditegur mengenai cara berpantang, ini respon Sarimah Ibrahim!
Sarimah turut berkongsi dirinya sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram dalam tempoh 11 hari semasa berpantang.

Kilafairy pernah alami masalah berat badan hingga tak keluar rumah
Pemilik nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan ini mengalami masalah keyakinan diri sehingga tidak keluar rumah atau memuat naik gambar di mana-mana platform atas talian.

Tak jaga makan, Zul Ariffin dedah berat badan naik mendadak hingga mencecah...
Biar betul ni?

Susut 30kg sejak hidap penyakit jantung, Hail Amir beransur sihat
Penyanyi veteran, Hail Amir mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 kilogram selepas menghadapi masalah jantung sejak tahun lalu.

Obesiti punca 13 kanser di Malaysia - Dr Lee Boon Chye
Malaysia mempunyai penduduk paling ramai gemuk di rantau Asia dengan kelaziman obesiti adalah 17 peratus dan 30.0 peratus berat badan berlebihan.