NATIONAL
Pasar Datuk Keramat terbakar lagi

Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat sekali lagi terlibat dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu. -Facebook/Hafis Hafis Hafis
KUALA LUMPUR: Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat, di sini, sekali lagi terlibat dalam kebakaran yang berlaku awal pagi, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.

"Setibanya anggota, api dalam keadaan sangat marak dengan kebakaran melibatkan deretan lot gerai dan anggaran kemusnahan 50 peratus.
"Malah kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran dengan kemusnahan dianggarkan 10 peratus.
"Api marak dengan besar disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
PGO JBPM Kuala Lumpur turut menyatakan kaedah pemadaman dilaksanakan secara 'offensive firefigthing' dengan memasuki premis dan 'defensive firefighting' iaitu pemadaman dari luar bangunan.
" Ini dapat mengelakkan kemusnahan yang lebih besar.

Sebelum ini, pada 17 Mac 2021, lebih 40 gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami