awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca banjir: APM sedia anggota tambahan bantu mangsa di seluruh negara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/03/2023
06:57 MYT
Pasca banjir: APM sedia anggota tambahan bantu mangsa di seluruh negara
Aminurrahim ditemui selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Program Derma Darah sempena sambutan Bulan Pertahanan Awam peringkat Perak di Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menyediakan anggota tambahan bagi membantu proses pasca banjir di seluruh negara, khususnya Johor.
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata, mereka hanya menunggu permintaan daripada pihak berkenaan untuk menentukan anggota tambahan yang diperlukan.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya telah menghantar 180 pegawai sukarela daripada negeri-negeri luar dan mereka akan diganti.
“Di Johor sahaja kita ada lebih 1,200 anggota yang terlibat dan kerjasama dengan sukarelawan Southern Volunteers sangat baik.
“Di Johor, gerak kerja antara NGO dan sukarelawan itu sangat baik dan dengan lebih 40,000 mangsa, tanpa penglibatan sukarelawan-sukarelawan ini, walaupun digabungkan semua agensi (kerajaan) sudah tentu masih sukar untuk kita,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Program Derma Darah sempena sambutan Bulan Pertahanan Awam peringkat Perak di sini, hari ini.
Menurut Aminurrahim, pihak masih menunggu permintaan daripada jawatankuasa khas di Johor, yang ditubuhkan bagi nenentukan keperluan sukarelawan.
“Kita dah bersedia dan kita kena tunggu daripada jawatankuasa tersebut untuk ditempatkan di mana sebab kita tak hendak ada tempat-tempat yang tertumpu dan ada yang kurang,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, APM merancang setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu Kampung Siaga 221, menjelang hujung tahun ini.
Seterusnya, kata beliau, ia akan diperluaskan kepada kampung-kampung yang menjadi ‘hot spot’ kepada bencana.
“Kita nak melatih masyarakat di situ supaya boleh respond (bertindak), tanpa menunggu agensi-agensi barisan hadapan,” jelasnya.
Menurutnya, setakat ini, antara negeri yang telah mempunyai Kampung Siaga ialah Sarawak, Perak dan Melaka.
Program Kampung Siaga 221 yang diperkenalkan tahun ini antara lain bertujuan menyediakan latihan untuk masyarakat menghadapi kecemasan sekali gus pendedahan kepada langkah menangani situasi bencana seperti tanah runtuh dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#APM
#anggota tambahan
#Ketua Pesuruhjaya APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan