awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca Brexit: Britain mohon kekal kerjasama dengan ASEAN - Saifuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/09/2018
02:21 MYT
Pasca Brexit: Britain mohon kekal kerjasama dengan ASEAN - Saifuddin
Saifuddin (tiga, kiri, depan) ketika hadir pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-73 di New York. - Astro AWANI
Britain secara jelas memohon kepada Malaysia supaya negara itu kekal menjalin hubungan baik bersama anggota ASEAN pasca Brexit.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata hubungan Britain dengan ASEAN sebelum ini terjalin erat apabila negara itu menjadi sebahagian anggota Kesatuan Eropah (EU).
“Permintaan Britain adalah khusus iaitu untuk meneruskan hubungan dengan ASEAN.
"Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa perkara ini tentulah perlu dibincangkan dengan negara-negara ASEAN terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat.
“Kita (Malaysia) menghormatinya. Dan kita merasakan hakikat bahawa Perdana Menteri Britain merujuk kepada Malaysia sebagai anggota ASEAN untuk menyatakan hasrat itu sebenarnya merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dalam ASEAN,” ujar beliau.
Saifuddin berkata demikian kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala antara Dr Mahathir serta rakan sejawatnya, Theresa May, di sini hari ini.
Pertemuan selama hampir 30 minit itu diadakan sebagai program selingan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 yang bermula 25 September lalu.
Sebelum itu, Dr Mahathir turut menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena.
Selain Saifuddin, delegasi Malaysia turut diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#Kesatuan Eropah
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan